Monday, June 28, 2010

26 June 2010: Pendaftaran di UITM Permatang Pauh Pulau Pinang

Saya sekeluarga bergerak ke Pulau Piang pada 25 June 2010 pada jam 10.00 malam dan berhenti rehat di R&R Gunung Semanggol, Perak. Pada jam 7.30 pagi terus bergerak ke UiTM Permatang Pauh untuk mendaftarkan adik bongsu di sana

Perhatikan betul-betul berapa panjang kereta masuk ke dalam kampus UiTM pada jam 8.30 pagi iaitu pada hari pendaftaran penuntut-penuntut baru.
Cukup indah pemandangan dari tingkat 9 Kolej Zamrud.
Sejuk mata memandang.... nyamuk pun tak sanggup nak terbang ke tingkat 9. 
Sticker baru ... untuk peserta DEC.... amacam ok tak? ok je la... emergency je ni buat hehe 
Bersama bapa & Ezaril.. sakit tengkuk lentuk kepala macam ni... 
Mesti ada....
Kami ke Perkampungan Nelayan Kuala Juru... rumah sahabat baik bapa ketika kerja di FELDA Chuping dulu
Laluan jalan kaki ke jeti di belakang rumah milik Tok Chik
Merbuk belaan Tok Chik
Kulit siput yang ditabur di bawah rumah bagi mengelakkan kaki terbenam di dalam selut ketika air pasang
Tok Chik... hampir 10 tahun tak jumpa. Masa kecil bapa selalu hantar saya ke rumah Tok Chik untuk bermain dengan anak-anak Tok Chik di FELDA. Sekarang Tok Chik dah berumur 75 tahun.... 
Cucu Tok Chik meniti di atas papan yang cukup kecil. Cukup berani kerana di bawah tu merupakan air laut.... Umur baru mencecah 4-5 tahun. Dasyat budak-budak nie....
Sekali sekala bergambar....
Senyum mengantuk.... tidur tak cukup di R&R Gunung Semanggol
Bermain .....
Cucu Tok Chik ramai... tak ingat nama apa... berani berenang sorang-sorang
 
Budak perempuan pun berani... jangan ingat diorang takut air
Tengok la.... masa ni air dah mula pasang .. jam 12 tengahari... laut ni dah jadi taman permainan ....
Lemah semangat atau overweight jangan cuba-cuba berjalan di atas titi .... 
 Penutup kotak ais dijadikan sampan...
Nak meniti titi reput.. ade berani?
Udang Lipan & Ketam harimau... Hasil nelayan yang tak menentu... kadang kala banyak kadang kala terlalu sedikit... seawal jam 6.00 pagi Abang Fendi iaitu anak kepada Tok Chik sudah turun ke laut untuk menangkap udang & ketam serta ternak kerang. Hasik tangkapan dijual ke Hotel....
Bot milik Abang Fendi..... bulan lepas mereka kecurian motorbot & sampan baru.... hishh dalam laut pun boleh mencuri juga.... 
Merehatkan diri sebelum makan tengahari lauk ketam & kerang yang baru naik dari laut. Fresh....
Bergambar sebelum berpisah.. nak sambung belajar je.. jangan nangis... bukan jauh...

Selesai urusan di Uitm, kami bergerak ke Behor Latih, Perlis dan singgah sebentar ke rumah Pak Cik Hamid juga kawan lama bapa masa di FELDA Chuping 
Cukup cantik pemandangan sawah padi di belakang rumah
Mesin bajak sawah lama... sudah rosak...
Tenang je parking kereta kat sini... jauh dari kesibukan kota

Pulang ke rumah mertua di Perlis.. 


Malam tu kami dijamu dengan makan tradisional orang utara.. Pulut Durian... sedap wohhhh

2 comments: