Monday, June 28, 2010

27 June 2010: Berangkat Pulang ke Selangor

Makan tengahari di Kubang Rotan... kalau tak silap nama tempat ni... 


Tiba di hadapan kedai.. nak cari parking pun susah
Bergambar dahulu sebelum makan....
Semua sedap-sedap elaka.. orang tak putus-putus datang
Meratah sekor ikan geruk bakar yang berharga RM20 seekor 
Kami makan dulu yea...
Licin... tinggal kulit kerang & tulang sahaja... sedap 
Cantik sungai di belakang kedai makan ni... tiada pencemaran & sampah yang dibuang ke situ...

Makan sudah... minum pun sudah... kami teruskan perjalanan ke Selangor dan singgah lagi di Perhentian Juru untuk solat &  Bukit Gantang untuk membeli buah.


Selingan... dapat kat R&R Juru
Selingan 2... 
Mulut Ezaril penuh dengan jagung kukus....

Tiba di Bukit Gantang untuk membeli buah-buahan

Parking sebelah depan dah penung.. jauh juga la parking .... 
Pondok .. boleh lepak-lepak kot kat sini.....
Bukit Gantang kot....
Cantik
Selesa kalau datang ke sini.... hilang penat ... mata dijamu dengan kehijauan tumbuhan
Air pancut....
Banyak buah-buahan segar di sini... tetapi kene beringat harga tak sama... depan harga lain.. kedai belakang harga lain.... :D
Mitsubishi EVO X.... ramai yang berkonvoi dari utara... hujan lebat.... 

Makan malam di Kedai Makan Barakah, Sijangkang.. famous kedai ni.... orang pun tak putus-putus masuk. Menu special soto, sate, mee jawa,  nasi lemak & macam-macam lagi
Menu....
Makan je.... tak rugi datang... sesape yang belum pernah datang .. sila mencuba...

26 June 2010: Pendaftaran di UITM Permatang Pauh Pulau Pinang

Saya sekeluarga bergerak ke Pulau Piang pada 25 June 2010 pada jam 10.00 malam dan berhenti rehat di R&R Gunung Semanggol, Perak. Pada jam 7.30 pagi terus bergerak ke UiTM Permatang Pauh untuk mendaftarkan adik bongsu di sana

Perhatikan betul-betul berapa panjang kereta masuk ke dalam kampus UiTM pada jam 8.30 pagi iaitu pada hari pendaftaran penuntut-penuntut baru.
Cukup indah pemandangan dari tingkat 9 Kolej Zamrud.
Sejuk mata memandang.... nyamuk pun tak sanggup nak terbang ke tingkat 9. 
Sticker baru ... untuk peserta DEC.... amacam ok tak? ok je la... emergency je ni buat hehe 
Bersama bapa & Ezaril.. sakit tengkuk lentuk kepala macam ni... 
Mesti ada....
Kami ke Perkampungan Nelayan Kuala Juru... rumah sahabat baik bapa ketika kerja di FELDA Chuping dulu
Laluan jalan kaki ke jeti di belakang rumah milik Tok Chik
Merbuk belaan Tok Chik
Kulit siput yang ditabur di bawah rumah bagi mengelakkan kaki terbenam di dalam selut ketika air pasang
Tok Chik... hampir 10 tahun tak jumpa. Masa kecil bapa selalu hantar saya ke rumah Tok Chik untuk bermain dengan anak-anak Tok Chik di FELDA. Sekarang Tok Chik dah berumur 75 tahun.... 
Cucu Tok Chik meniti di atas papan yang cukup kecil. Cukup berani kerana di bawah tu merupakan air laut.... Umur baru mencecah 4-5 tahun. Dasyat budak-budak nie....
Sekali sekala bergambar....
Senyum mengantuk.... tidur tak cukup di R&R Gunung Semanggol
Bermain .....
Cucu Tok Chik ramai... tak ingat nama apa... berani berenang sorang-sorang
 
Budak perempuan pun berani... jangan ingat diorang takut air
Tengok la.... masa ni air dah mula pasang .. jam 12 tengahari... laut ni dah jadi taman permainan ....
Lemah semangat atau overweight jangan cuba-cuba berjalan di atas titi .... 
 Penutup kotak ais dijadikan sampan...
Nak meniti titi reput.. ade berani?
Udang Lipan & Ketam harimau... Hasil nelayan yang tak menentu... kadang kala banyak kadang kala terlalu sedikit... seawal jam 6.00 pagi Abang Fendi iaitu anak kepada Tok Chik sudah turun ke laut untuk menangkap udang & ketam serta ternak kerang. Hasik tangkapan dijual ke Hotel....
Bot milik Abang Fendi..... bulan lepas mereka kecurian motorbot & sampan baru.... hishh dalam laut pun boleh mencuri juga.... 
Merehatkan diri sebelum makan tengahari lauk ketam & kerang yang baru naik dari laut. Fresh....
Bergambar sebelum berpisah.. nak sambung belajar je.. jangan nangis... bukan jauh...

Selesai urusan di Uitm, kami bergerak ke Behor Latih, Perlis dan singgah sebentar ke rumah Pak Cik Hamid juga kawan lama bapa masa di FELDA Chuping 
Cukup cantik pemandangan sawah padi di belakang rumah
Mesin bajak sawah lama... sudah rosak...
Tenang je parking kereta kat sini... jauh dari kesibukan kota

Pulang ke rumah mertua di Perlis.. 


Malam tu kami dijamu dengan makan tradisional orang utara.. Pulut Durian... sedap wohhhh

Sunday, June 20, 2010

19 June 2010: Cherating & Kemaman (Bayaran Untuk Chalet & BBQ)

Misi kali ini saya & Bro Sharulfizam sekeluarga ke Cherating untuk membuat pembayaran Chalet & BBQ bagi projek Discovery East Coast (DEC) yang bakal diadakan pada 03 - 04 Julai 2010 seramai 16 pemilik Honda City 2009 telah terpilih.
Bergerak dari rumah jam 6.15 pagi ke meeting point di Petronas Bentong Pahang.
GPS yang telah disetkan ke Chalet di Cherating
Menggunakan walkie talkie untuk berhubung serta memudahkan perjalanan.
 
Begerak maju ke hadapan
Parking kereta di kawasan yang telah disediakan oleh pihak chalet. Memang cukup untuk 16 biji Honda City nanti.
Anak-anak Bro Sharulfizam & saya tak sabar-sabar untuk mandi pantai
Tayang kereta masing-masing walaupun hanya 2 biji
Bersama Dato' Hj Ngah, Bro Sharulfizam & Ezuandy sedang berbincang untuk chalet yang bakal kami duduki pada bulan Julai nanti. Low profile Dato' Haji Ngah ni.
Kertas kerja & segala perancangan yang telah dibuat oleh Bro Sharulfizam
Membuat pembayaran untuk makan malam pada 3 Julai 2010 nanti
Selesai perbincangan & pembayaran kepada Dato' Ngah kami berdua terus ke gerai makan. Bro Sharulfizam dah tak tahan tengok ketam yang berharga RM14 sekor
Kecur air liur kepada sesiapa yang cukup suka makan ketam
emmmmmm
Nak mandi pantai tak kesampaian. Cuaca panas & air laut pun agak surut. 
Penangan kamera baru. Belajar-belajar setting
Cantik pemandangan chalet dari sini
hehe
Pandangan anda? lawa tak?
Tiba di Kompleks Budaya Cherating. Ade sesuatu di sini...  :D
Biase la... kameraman snap gambar sendiri
Cantik pemandangan 
Gambar family
Kami & kami....
bang bang bang
2 sahabat & seperti 1 keluarga
Abang & kakak Ezaril. Ezaril cukup suka ikut diorang ni... anak-anak kita
 
Teka lokasi seterusnya.. jeng jeng jeng
Tu dia tembikai.... besar & murah RM1.00 aje sekilo
Nenas pun banyak....
Dah masak & ranum... manis kot
Gambar kenangan
Tak tahulah dah berapa hiris Bro Sharulfizam makan.... manis tapi tak terlalu manis... cukup sedap. Beli sebiji free 1/2 biji... best
Sentuhan terakhir sebelum berangkat ke tempat lain
Tiba di rumah adik Bro Sharulfizam di Kemaman singgah berehat & segarkan diri. Terima kasih kepada En Faizal & isteri sekeluarga kerana mengisinkan kami berehat. Cantik rumah... hehe nak tolong promote En Faizal juga merupakan peniaga barangan jeans bundle yang berkualiti tinggi. Harga murah-murah...
 
En Faizal, Bro Sharulfizam & saya berborak. Sempoi je tuan rumah & cukup sporting. Berborak macam dah lama kenal. 
Walkie Talkie.... bola 1 ke bola 2.... jawab-jawab
Buggy.. bromm bromm .. kami ke Hotel Awana Kijal 3 sekeluarga. Anak-anak mandi manda di swimming pool. Kami bertiga ambil angin di sekitar pantai...
Naik tapi tak jalan-jalan... hehe
Sedap pemandangan di Awana Kijal. Macam-macam ada... hehe
Gua ke swimming pool .. hehe
Macam same je posing tu... hahaha
Muhammad Ezaril cukup minat main air... berenang ke menyelam tu..
Main bola air....
Kami.... ??? :D
Kaum ibu memerhati anak-anak mandi..... 
Ade makan-makan.... lapar & bedal ape yang ade....
Senyum kambing ... kekeke
Memborong lemang panas... 
Sentuhan kamera compact Sony...  ok tak?
Lemang panas, jeruk, jeli kelapa, serunding, rendang.. ape lagi ye.. 
Asap masuk mata.... meriah kawasan jual lemang
Sape tahu nak buka lemang tanpa menggunakan parang atau kapak? 
Aiman makan sampai 2 jeli kelapa.. memang sedap
Sape tahu amende kat sebelah laut sane tu.. ari tu En Faizal ade cerita tapi dah lupa....
Dikatakan di sini bijih besi banyak.... untung kepada company yang dapat contract kutip bijih besi
Muka kameraman tidak dilupakan.... 
Menu dan senarai harga makanan di sini. " Gerai Otak-otak Che Wan" 
Datang lambat Satar & Otak-otak dah habis.... laris ni
Normiazura menahan kelaparan.... 
Kami semua lapar.... penantian keropok lekor & pais...
Sbelah kiri kepok lekor & kanan pais... keropok lekor memang sedap siap bawa balik untuk ayah di kampung... 6 bundle tu...
Mengisi minyak Shell V Power 97.. performance memang mantap
Bro Sharulfizam orang terakhir isi minyak.... 
Solat Maghrib di Masjid baru di Cherating.... 
Sementara menunggu masuk waktu maghrib, kami menghabiskan masa mengambil kereta masing-masing
Pemandangan dikala senja.... 
Masih lagi berkilat-kilat
Cantik interior & exterior masjid ....
Rehatkan diri....
Cukup susah nak dapatkan gambar kualiti yang terbaik bila scene malam.... terutama camera compact macam saya.
Berborak panjang sebelum bergerak ke kedai makan ikan bakar....
Muka keletihan & sambil menunggu menu ikan ayam bakar, sotong goreng tepung, kerang rebus, tom yam.... Air karot susu 2 gelas sebab lama menunggu... Terima kasih kepada Bro Sharulfizam & Kak Siti Hajar belanja kami makan. 
  
Singgah sebentar di Shell Hentian Rehat Temerluh. Bro Sharulfizam pi pekena Power Root.. hehe
Kami berangkat pulang jam 10.00 malam kalau tak silap saya dan tiba di rumah jam 12.30 malam. Semua dalam keadaan selamat. Alhamdulillah